Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Tuesday, June 2, 2009

NUTTY SLICE BISCUITS

NUTTY SLICE BISCUITS

Bahan-bahannya

(A)
4 biji putih telur
130 gram gula
secubit rasa garam

(B)
120 gram tepung gandum
30 gram tepung beras

(C)
50 gram pistachio
100 gram walnut
100 gram badam
60 gram halwa halia

Cara-caranya
1. Pukul (A) sehingga pekat. Campur (B) dan adun sehingga sebati.
2. Tambah (C) dan gaul hingga sempurna.
3. Tuang ke dalam tin roti yang telah digris dengan minyak dan dialas dengan kertas. Sediakan 2 buku roti (17sm x 8sm x 6sm).
4. Bakar pada suhu 175 darjah C selama 40 minit.
5. Biarkan ia sejuk dan simpan dalam peti sejuk selama 6 jam atau lebih.
6. Potong menjadi kepingan nipis, lebih kurang 2 mm tebal.
7. Bakar sekali lagi pada suhu 150 darjah C selama 15 minit atau sehingga ranggup

No comments: