Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Tuesday, August 17, 2010

ROTI SOSEJ GULUNG RANGUP (resepi dari blog en mat gebu)




10 batang sosej ayamas ber"madu"
10 keping puff pastry jenama "kawan" berukuran (4 x 4) inci
Mayonnaise
Cili sos
Kuning telur + 1 camca teh susu cair = kacau rata
Sedikit serbuk lada hitam yang baru dikisar


CARA MEMBUATNYA :-)
1. Sosej ayam dicelur sekejap, toskan dan biar sejuk. Belah 2 tapi jangan putus untuk setiap batang sosej. Ketepikan.
2. Ambil 1 keping kulit puff pastry (biar pada suhu bilik). Letak 1 batang sosej dan sapu sedikit sos cili dan mayonnaise antara dua belahan tadi, kemudian gulung puff pastry tadi dan kemas kan. Buat hingga siap dan susun dalam dulang pembakar.
3. Sapu dengan kuning telur tadi dan tabur serbuk lada hitam atasnya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 minit atau hingga kuning keemasan.

CATATAN MAT GEBU :- Jika oven anda ada sistem "hot fan", boleh on kan masa membakar puff pastry, ini akan menambah kerangupan puff pastry. Mat kelar2 sikit hujung puff pastry sebelum digulung untuk mendapat kesan seperti dalam gambar.


alhamdulillah.. menjadi .. roti ku hari nie.....

No comments: