Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Thursday, September 17, 2009

MEE KARI CHEF WAN

Bahan-Bahan

350 gm mi kuning (dicelur dan ditoskan)
200 gm bebola ayam
150 gm isi udang
250 gm daging ayam (bahagian dada - dipotong kecil)
600 gm sayur sawi (dicelur dan dipotong kecil)
200 gm taugeh (dicelur)
2 keping tauhu (digoreng dan dipotong dadu)
3 tangkai daun ketumbar (dihiris)
2 s/besar minyak sayuran
40 gm rempah kari (dijadikan pes)
500 ml santan cair (diperah dari 1/4 biji kelapa)
3 ulas bawang merah }
2 ulas bawang putih } ditumbuk lumat
2 cm halia }
3 cm kayu manis
3 biji bunga cengkih
1 kumtum bunga lawang
3 biji bunga pelaga
2 biji tomato
3 tangkai daun kari
650 ml air
1/2 s/kecil garam
1 keping asam keping


Cara
1. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga,bawang merah, bawang putih, dan halia sehingga kuning,di atas api kecil.

2. Masukkan pes rempas kari, daun kari, tumis sehingga harum.

3. Masukkan ayam dan gaul dengan rata , masukkan sedikit air, tutup dan masak diatas api sederdana selama 5 minit.

4. Masukkan udang dan bebola ayam.

5. Masukkan asam keping, santan dan air, biarkan ia mendidih.

6. Perasakan dengan garam dan biarkan ia masak beberapa minit,masukan tomato kemudian tutupkan api.

7. Untuk menghidangkannya, masukan mi, taugeh, sawi dan tauhu di dalam mangkuk, kemudian tuangkan kuah yang panas ke atasnya.

Sumber: Chef Wan

No comments: