Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Tuesday, February 24, 2009

CHOCOLATE MOIST CAKE - dari FP kak rinnchan

CHOCOLATE MOIST CAKE
Sumber : Kak Misliha

Bahan-bahan :
250gm butter
300gm castor sugar
1tbsp ovallete
6biji telur

Diayak :
250gm tepung
2 tsp baking powder
1½ tsp soda bicarbonate

Bahan2 paste
1 cawan serbuk koko
1¼ cawan air
60gm gula castor
1tbsp serbuk nescafe segera - optional

TOPPING CAKE
300 gm Cooking Chocolate
200 gm Whipping Cream
1 tsp butter

Cara-cara:

1. Pukul butter + castor sugar + ovellate sehingga kembang, masukkan telur satu persatu.
2. Masukkan tepung yang telah di ayak bersama soda bicarbonate + baking powder
berselang seli dengan paste.
3. Bakar pada suhu 170 darjah, selepas setengah jam turunkan suhu ke 150 darj bergantung pada
oven masing-masing.

Kek ni Rinn buat untuk puteri-puteriku di asrama pada minggu lepas. Memang diorang suka sangat. Mulanya Rinn tak bercadang nak bubuh topping tapi Alya komplen, katanya Alya suka kalau mak salut dgn coklat tapi mak suka kek kosong aje. Jadinya Rinn bubuh jugaklah topping coklat tuu..

No comments: