Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Thursday, February 12, 2009

HOMEWORK DARI KAK ZU

RASA RASA YANG INI KOT KAK ZU TAG AKU...PANDAI JE AKU NAK JAWAB NIE

walau dalam keadaan batuk yang tak sembuh sembuh lagi so aku taip je pelan pelan...kebetulan asben pun tak de..

1. Seorang isteri kepada penjawat awam
2. Seorang yang peramah jugak kalau dah kenal orang tu.
3. Pernah belajar di Binary Business School, Lebuh Ampang, Kuala Lumpur dan mendapat Diploma KPP.
4. Anak Jati Pulau Langkawi dan pernah menetap di Kuala Lumpur dari tahun 1992 hingga 2002 dan di Kuantan dari 2003 hingga 2008 dan sekarang menetap di Shah Alam.
5. Suka Memasak dan melayari internet dan mendengar muzik.
6. Suka memandu ..kelau tak pegang stereng tu rasa macam ada yang tak kena lak.
7. Tak suka Menjahit....entah cepat jemu...masak tak takpe pula lama lama dok kat dapur.
8. Anak sulong daripada 2 orang adik beradik ( menjadi anak tunggal selama 18 tahun... sebelum mendapat adik lelaki....itu pasal lah asben cakap aku ni tak matang...)
9. Tak suka kepada manusia yang suka memuji muji didepan tapi dibelakang sebaliknya dan orang yang suka melaga lagakan orang lain agar berbalah.
10. Berangan nak jadi orang kaya....tak tercapai akal .

1 comment:

zuwaidah said...

pandaiiiiiiiiiii dah buat tag...tapi satu lagi kena buat type 10 org yg tag izan..iaitu mengenai kak zu hehehehhehehe

pastu izan tag semula sapa2 yg izan suka