Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Tuesday, February 3, 2009

LAKSA KEDAH (UTARA)

Ahad lepas masak laksa utara.. tapi baru sempat upload pic today

Laksa sebungkus – direndam semalaman then bila nak makan baru rebus

KUAH LAKSA
1kg Ikan kembung or ikan selayang(lagi pekat lagi best tambah sikit) – siang ikan dan buang isi yang hitam kat belakang ikan tu ..kalau tak nanti akan bau hanyir

Ikan direbus bersama garam dan asam keeping..
Asingkan isi ikan n tulang. dan blend isi ikan, air rebusan jangan dibuang
Kemudian blend pula tulang ikan dan tapis masukkan dalam isi ikan.
Air secukupnya...garam n asam keping


BHN KISAR
2 biji Bawang besar
6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 inci lengkuas
Belacan ikut suka
Cili kering pun ikut kepedasan masing
Cili padi sikit

Semua bahan di atas dikisar halus

BAHAN KUAH
4 batang Bunga kantan – Belah 2
50 sen Daun kesum
Asam Keping

Semua bahan di atas masukkan dalam kuah bersama bahan kisar

HIASAN
Telur rebus
Salad
Bwg besar - potong bulat
Limau kasturi
Cili padi - dipotong kecik2
Daun gajus


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

No comments: