Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Thursday, February 5, 2009

MY BROWNIES ....jom minum petang

Petang semalam buat brownies... pastu topping ngan creamchees....emmmmmmmm sib baik menjadi.... my chew yummy brownies

Moist Choc.Brownies - copy dari FP maklang azie
Sumber : Roz (Rnet) - tapi izan dah ubah sikit bahan dia....

Bahan-bahan
1 ½ cawan (185 g) tepung serba guna
¼ cawan (30 g) serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil soda bicarbonate
1 ½ cawan (205 g) walnut– dipatah patahkan
125 g butter
200 g coklat masakan, dicincang
1 cup (250 g) gula perang
2 biji telur, dipukul sedikit
1/3 cawan (90 g) whipped cream
2 sudu teh coffee emulco

Chocolate topping
150 g (5 oz) coklat masakan
½ cawan whipped cream
sedikit almond cincang - bakar sebentar

Caranya:
* Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat ke dalam mangkuk pengadun.
* Masukkan 1 cawan walnut dan buatkan lubang ditengah-tengah.
* Cairkan butter dan coklat dengan cara double boiling (pastikan air tidak termasuk kedalam butter dan coklat).
* Alihkan dari air panas kemudian masukkan gula, telur dan whipped cream dan coklat emulco
* Pukul sehinggga bahan-bahan untuk campuran coklat tergaul sebati.
* Masukkan campuran coklat tadi ke dalam campuran tepung dan kacang tadi.
* Gunakan sudu kayu untuk menggaulkan semua bahan, cukup sehingga semua bahan-bahan sebati.
* Bakar menggunakan loyang 9 inci dengan suhu 180 C selama 30 – 35 minit (atau sehingga masak).
* Biarkan brownies sejuk didalam loyang sebelum dikeluarkan.

Cara membuat topping:
* Cairkan coklat dengan cara double boiling (pastikan air tidak termasuk kedalam butter dan coklat).
* Alihkan coklat dari air panas dan biarkan selama 2 minit.
* Masukkan whipped cream dan pukul sehingga campuran menjadi pekat dan berkilat.
* Sapukan ke atas brownies yang telah disejukkan dan taburkan almond
* Biarkan brownies sejuk sebelum dipotong.

Variasi:
Boleh gunakan pecans atau walnut untuk menggantikan macadamia nuts
Brownies boleh dipotong agak besar, dihidangkan panas-panas dengan ditaburkan gula aising dan krim ataupun aiskrim





Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

No comments: