Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Wednesday, February 11, 2009

SAKIT TUMIT KAKI

Petua Sakit Tumit
Bila aku post pasal aku pergi urut kaki tu, ramai yang komen. Terimakasih lah yang concern pasal my health tu. Tapi satu petua yang diberikan oleh Ogy yang nampaknya bukan saja senang tetapi katanya mujarab. Sebab dia dah try tu. Senang saja bunyinya tu. Kat rumah aku pun ada pokok betik senang nak buat ni. Cuma kata dia, lepas dia buat tu dia mengandung. Dia happy sangat dapat baby sebab dah lama try. Ni yang aku risau ni sebab, satgi aku pulak terdapat baby, macam mana tu? hehehe. Nak kata tak nak, rezeki Allah bagi tak lah nak tolak kan, entah2 dapat baby boy ka (isy belum apa2 dah berangan aku ni, belum buat lagi dah macam-macam aku ingat, :-))

Aku post kat sini petua ni untuk sapa-sapa yang sakit tumit tu supaya boleh amalkan. Manalah tahu kan, ada yang dah lama menderita sakit tumit tu, dah cuba macam-macam tapi tak menjadi kan. Sama-sama kita cuba dan bertawakal kepada Allah sebab Allah yang menyembuhkan, petua ni hanyalah ikhtiar dari kita dengan ilmu yang di beri kepada sesiapa yang DIA mahu.

Petuanya adalah seperti berikut :-

1. Ambik betik muda. (betul-betul muda)
2. Letak atas api dapur dan bakar hingga hangus (bakar one side. dah letak atas api, jgn di balik-balik, biar jer gitu)
3. Dah hangus sebelah, angkat dan alaskan dengan kain. (beberapa lapis)
4. Letak kan kaki atas betik. (Jangan sampai kaki terbakar, kalau panas tambah kain lagi)
5. Biarkan kaki atas betik sehingga betik tu suam. Alihkan kain.
6. Tekan lagi kaki sehingga betik berlubang. Dalam lubang tuh ada air, rendamkan tumit ke air ni.
7. Siap dan lapkan kaki dengan kain kering.** Kalau ada gout atau toksin, akan terdapat lebam-lebam dekat kaki. Mungkin juga akan kena cirit-birit.

Nota dari Ogy : Selepas 9 biji betik, tumit kaki saya (Ogy) tidak lagi sakit sehingga hari ni. Dan paling seronok, 2 bulan selepas tumit saya baik saya mengandung (selepas 5 tahun cuba nak mengandung).

Ogy terimakasih kerana berkongsi dengan kami petua ini, cuma tolong clarify betik tu masa di bakar tu, di belah atau tidak. Kalau mengikut fahaman aunty tidaklah dibelah, bakar atas dapur dengan kulit2 sekali.

Siapa-siapa yang ada petua-petua yang senang dan mujarab silalah beritahu kita kongsi bersama untuk kebaikan semua.


Aku ada cakap kat dia, tumit kaki sakit, dia cakap ada 3 area bagi tumit kalau perempuan menunjukkan fungsi organ mana yang tak baik tu. Untuk lelaki lain pulak lah. But tumit ni nampak nya macam berkenaan dengan reproductive system, untuk dua-dua jantina. Untuk perempuan macam aku ni, kalau tengah tumit tu, something is wrong dengan ovary, fibroid etc. Keliling tumit, bahagian tapak kaki tu kata dia overweight problem. Kat sebelah tepi tumit tu aku dah lupa apa masalah tu. My problem yang mula2 tu lah. Nampak nya memang nak kena pi buat medical test ni. Bila tu entah lah pulak no. Procastinate lagi........petikan dari blog http://auntyn.blogspot.com/2005/07/urut-kaki.html

3 comments:

Anonymous said...

akak pernah baca petua yg sama dulu .. tuam betik muda ni untuk org yg ada gout

DAPUR ITU DUNIA KU said...

hi kak mrsm....
ooooooo petua nie untuk gout yer....

zuwaidah said...

izan kena cuba nih...mana tahu sakit tumit hilang then dpt rezeki baik pulak...cuba jgn tak cuba...kalau pregnant....alhamdulillahhhhh...syukur