Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Sunday, March 15, 2009

PANDUAN MENCAMPUR WARNA

PANDUAN MENCAMPUR WARNA

SUMBER : http://zatidhati.blogspot.com/2009/03/panduan-mencampur-warna.html

Warna keluaran wilton dan chef master amat cantik berbanding pewarna biasa. Paste keluaran wilton dan chef master misalnya, ditutup dengan aluminium foil di atasnya. Untuk memanjangkan hayat warna, lebih baik jangan dibuka foilnya. Anda hanya perlu mencucukkan saja pencungkil gigi menembusi foil untuk mengangkat warna. Paste mempunyai kepekatan yang likat. Selalunya sedikit sahaja sudah memadai. Untuk jadual bancuhan di atas, ada baiknya menggunakan pencungkil gigi atau lidi. 1 calit dikira satu bahagian. Manakala `sentuhan’ cukup dengan mencuit sikit saja warna yang terlekat pada lidi ke atas aising. Gunakan lidi yang baru. Jika anda menggunakan warna-warna yang memerlukan banyak penggunaannya, anda boleh menggunakan pisau bersih. Untuk mengelakkan warna yang tidak sama, anggarkan aising yang mahu digunakan mestilah cukup untuk diwarnakan. Mewarna aising sedikit-sedikit mungkin akan menyebabkan warna yang tidak seragam.
MARI KITA MEMBANCUH WARNA. AHA….


HITAM:
Sekiranya tidak ada paste atau liquid hitam, kombinasi royal blue, merah, oren dan kuning lemon boleh menghasilkan hitam. Membeli warna hitam bukanlah penyelesaian untuk menghasilkan aising berwarna hitam Berapa banyak pun kita masukkan hitam, kita tidak akan mendapat aising hitam yang sebenarnya. Tipnya – campurkan dark brown colour atau warna coklat ataupun chocolate emulco dengan warna hitam. Ia perlu disimpan didalam chiller semalaman.

GOLD:
Sedikit warna coklat dicampurkan dengan lemon yellow.
Atau boleh juga gunakan lemon yellow, 3 bahagian oren dan 1 bahagian red.

COKLAT:
Campuran merah dan hijau boleh menghasilkan coklat. Kadang-kadang warna hijau akan terlebih ton kerana asid di dalam aising, misalnya daripada jus lemon dan cream of tar tar, jadi abaikan penggunaan asid. Juga campurkan ¼ tsp air ke dalam bancuhan warna sebelum dimasukkan ke dalam BC untuk menghapuskan ton hijau.

MERAH:
Payah untuk menghasilkan warna merah terang? Campurkan pewarna merah ke dalam BC dan simpan 24 jam. Warnanya akan semakin terang dan gelap.(Saya mewarnakan BC dengan warna merah dan simpan di dalam peti untuk beberapa lama untuk kemudahan membuat art writing. Warna merah semakin lama disimpan semakin terang warnanya. Untuk tujuan penyimpanan lama ini, BC tidak dicampur susu kerana BC yang mengandungi susu dikatakan hanya tahan dua minggu sekiranya disimpan di dalam bekas kedap udara dan disimpan di dalam chiller. Susu akan memberi rasa yang lain pada BC jika lebih dua minggu disimpan)

UNGU:
Pastikan campurkan susu ke dalam pewarna. BC tidak akan menjadi warna biru pudar.

PASTEL:
Campurkan 2 bahagian putih dan 1 bahagian mana-mana warna pilihan

APRIKOT:
2 bahagian oren campur 1 bahagian golden yellow

AQUA:
5 bahagian sky blue campur 1 bahagian hijau daun/leaf green

AVOCADO:
4 bahagian lemon yellow campur 1 bahagian leaf green campur sentuhan warna hitam

BURGUNDY:
5 bahagian rose pink campur 1 bahagian violet

CHARTREUSE:
5 bahagian lemon yellow campur 1 bahagian hijau daun

RUST:
8 bahagian Oren campur 2 bahagian merah campur 1 bahagian brown

COPPER:
1 bahagian golden yellow campur 1 bahagian brown campur 1 bahagian christmas red

CORAL:
3 bahagian rose pink campur dua bahagian lemon yellow

LAVENDER:
5 pink campur 1 bahagian violet

SILVER/GRAY:
1 bahagian hitam campur 1 bahagian biru

TURQOISE:
6 bahagian biru campur 1 bahagian lemon yellow

TEAL:
9 bahagian sky blue campur 1 bahagian lemon yellow

MAUVE:
5 bahagian rose pink campur 2 bahagian oren campur 2 bahagian merah dan 1 bahagian hitam

PLUM :
1 bahagian violet campur sentuhan chrismas red

MAROON:
4 bahagian red dan 1 bahagian burgundy

MOSS GREEN:
3 bahagian lemon yellow campur 2 bahagian violet

NAVY BLUE :
1 bahagian sky blue campur 1 bahagian violet

GRAPE:
1 bahagian sky blue campur 6 bahagian rose pink

No comments: