Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Friday, April 10, 2009

RESEPI KUEY TEOW

Resepi : Kuey Teow Kantonis

Bahan-bahannya

150 gram kuew teow
100 gm isi ayam
udang / sotong
sayuran ikut pilihan anda
1 biji telur
1 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar air dibancuh dengan
1 sudu besar tepung jagong
1 sudu besar minyak bijan
sedikit garam dan minyak masak (menumis)

Cara penyediaannya :

Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik baunya. Masukkan sos tiram, isi ayam, udang & sotong tambahkan minyak bijan. Kemudian masukkan Kuey Tiow, sayuran, pilihan, sedikit garam, kacau hingga sebati.Akhir sekali pecahkan telur dan angkat
untuk di hidangkan

Mi Char Hor Sun

Bahan:

1. Bihun dan kueh tiau

2. Udang dan sotong

3. Bunga kubis

4. Kailan

5. Lobak

6. Cendawan hitam

7. Kubis bulat

8. Telur

9. Bawang putih

Cara memasak:

Goreng bihun dan kuetiau dengan menggunakan kicap pekat. Asingkan ia dalam pinggan , kemudian tumiskan udang dan sotong untuk bersama bawang putih.

Apabila bahan yang ditumis masak, masukkan sedikit air. Ketika air mulai mendidih, masukkan pula bunga kubis, kailan, lobak, cendawan hitam dan kubis bulat.

Biarkan ia selama beberapa minit, kemudian gaul masakan dengan telur. Akhir sekali, masukkan bahan perasa seperti garam secukup rasa. Apabila masak, campurkan dengan bihun dan kueh tiau tadi.

No comments: