
Resipi ini dikongsi oleh Maklang (FRD), resipi asal dari Majalah Saji. Mengikut kata Maklang, biskut ini sedap… Cubalah.
Terima kasih Maklang dan Majalah Saji sudi panjangkan resipi ini kepada kita semua.
SNOW ALMOND (GAMBAR DARI RESEPI MAKLANG)
Sumber : Majalah SAJI
Bahan A
110 gm mentega
1/2 sudu besar shortening
50 gm gula kastor
1/2 sudu kecil esen kopi
1/2 bj kuning telur
Bahan B
110 gm tepung gandum
25 gm nestum [kisar]
1 sudu besar coffeemate
35 gm tepung ubi
20 gm serbuk badam
Bahan Hiasan
serbuk roti putih [breadcrumb]
coklat masakan
Cara-cara:-
1. Pukul mentega, gula kastor dan shortening sehingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.
2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A tetapi sedikit demi sedikit dan ratakan.
3. Uli dan canai doh. Kemudian terapkan.
4. Bakar pada suhu 175'C selama 20 minit.
5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan. Selepas itu, golekkan pula ke dalam serbuk roti putih.
No comments:
Post a Comment