Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Tuesday, August 17, 2010

WATER CHESTNUT.. dessert berbuka puasa semalam

WATER CHESTNUTS DESSERT

Bahan-bahan ( 3-4 org makan )
10 biji sengkuang cina (water chestnut)
beberapa titik pewarna merah/hijau dan air
gula ikut manis
1 mangkuk besar santan sederhana cair
2-3 ulas nangka dipotong dadu (optional)
1 sudu besar sagu di rendam air panas (optional)
2-3 sudu besar tepung sagu/ubi

Cara-cara

1.Sengkuang dibuang kulit, dibersihkan dan dipotong dadu kecil2. 2.rendamkan sengkuang yg dipotong dalam mangkuk berisi air dan dititik pewarna sehingga terendam supaya semua sengkuang jadi berwarna. Biarkan lebih kurang 10-15min dan toskan.
3.kemudian gaulkan sengkuang dengan tepung ubi hingga rata dan semua sengkuang bersalut tepung.
4.Panaskan air dan bila mendidih, masukkan sengkuang tadi dan kacau supaya tidak melekat. Biar mendidih lagi dan bila sengkuang timbul, angkat dan toskan.
5.Dalam periuk lain, panaskan santan. Masukkan gula. (ada yg guna santan fresh dan x perlu masak, tp jun suka masak sekejap). Bila hampir mendidih, masukkan sagu, sengkuang dan nangka. Angkat dan sejukkan.
6.Sedap dihidangkan sejuk2. Bila hendak makan masukkan parutan ais atau masukkan kedalam fridge sebelum makan.
agar agar nie.. saja buat tambahan dari menu asal

No comments: