Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Sunday, April 17, 2011

MINUM PETANG ... roti jala..........opssssss tak menjadi JALA ku ...tapi sedap










minum petang kami.. sendiri bikin sendiri makan....alhamdulillah.......walaupun tak pandai menjala......akhirnya dapat makan juga......resepi tu memang best.........

lembut jalanya........ sedappppppp

Bahan-bahan ( 3 orang )

3 cawan tepung gandum
2 1/2 camb minyak masak
1 camt garam
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
2 1/2 cawan air (ikut kesesuaian)
1/2 sudu teh baking powder


Cara-cara
Blendkan atau kacau sebati semua bahan di atas hingga sebati kemudian tapiskan. Perap 1 jam dan mula menjala.


Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat.


Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.


Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari ayam. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.

No comments: