Rintihan Seorang Lelaki Yang Bernama S.U.A.M.I Tangan diangkat dan dirapatkan :::::: ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “

UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI

Sunday, April 17, 2011

ROTI JALA.. resepi dari myresepi

Bahan-bahan ( 3 orang )

3 cawan tepung gandum
2 1/2 camb minyak masak
1 camt garam
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
2 1/2 cawan air/santan/ susu segar (ikut kesesuaian)
Cara-cara

Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.
Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat.
Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari ayam. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.





Membuat roti jala ini amat mudah. Masa yang diambil juga tidak lama. Bagaimanapun bagi yang baru ingin mencuba, buatlah sewaktu cuti. Jika ada ramai ataupun pasangan/anak-anak yang dapat turut serta membantu lagi bagus. Antara kelengkapan yang diperlukan ialah:
1) Adunan roti jala  2) Kuali leper (chemek lebih suka pan teafal sebab ia tak melekat)   3) Corong/acuan roti jala yang warna kuning tiga/lima corong (Chemek tutup satu corong dan hanya tinggal dua sahaja supaya adunan tidak keluar dengan banyak dan mudah untuk dibentuk ‘jala’ dengan cermat).
Jika tak ada corong ini macamana? Gunalah kreativiti untuk mencipta corong sendiri samada dari aluminium foil, beli acuan munasabah ataupun gunakan tin susu yang ditebuk dsb.
Untuk menyediakan adunan ini chemek guna blender sebab mudah. Pastikan blender dibersihkan dan tiada bau cili, bawang dsb. Jika ada mixer lagi bagus. Sejak mixer chemek tidak boleh digunakan, chemek guna blender. Alhamdulillah baru dapat mixer baru.
Okay caranya ialah:
Petua 1: Baca Bismillah setiap kali kita ingin memasak dan ucapkanlah alhamdulillah apabila selesai ataupun mendapat hasil yang baik.
1. Isikan air biasa (tidak panas ataupun tidak suam) dalam 3 gelas iaitu tidak melebihi separuh bekas blender yang digunakan.
2. Masukkan sebiji telur dan sesudu minyak masak.
3. Masukkan dua-tiga gelas gandum (plain flour)
4. kemudian blend.
5. Setelah di-’blend’ masukkan ke dalam bekas yang lebih besar. Kemudian ulang langkah di atas.
6. Biasanya untuk 500 g gandum kita akan dapat roti jala seberat 1 kg setelah dimasak. Chemek hanya gunakan telur sebanyak 2-3 biji sahaja untuk tepung gandum seberat 1.5 kg. Daripada 1.5 kg tepung ini boleh disediakan roti jala yang telah siap seberat 3 kg.
7. Masukkan pewarna kuning ataupun sedikit air serbuk kunyit bagi sesiapa yang inginkan roti jala itu berwarna kuning.
8. Jangan lupa masukkan sedikit garam. Kalau tidak jadilah roti jala tawar ‘hebe’.
Petua 2: Dari segi kelikatan adunan ini, lebih kurang adunan membuat lempeng. Makin kurang likat dari lempeng, makin baik. Sekiranya adunan ini terlekat di corong, maka ia ada beberapa kemungkinan. Pertama, adunan roti jala anda masih pekat ataupun corong tersebut tersumbat.Jika ia pekat tambahkan air dan jika tersumbat, bersihkan ataupun tukar yang lain.
Corong roti jala kuning yang kita beli itu biasanya bercorong besar. Chemek sempitkan corong tersebut dengan aluminium foil. Tujuannya adalah supaya adunan tidak keluar dengan banyak dan cepat sebelum sempat habis menjala satu roti. Ia juga untuk elak bunga roti jala itu menjadi tebal. Namun semua ini bergantung kepada individu yang menggemarinya, samada gemar roti jala tebal ataupun yang nipis dan banyak jala.
Petua 3: Kuali roti jala perlu dipanaskan dengan panasan yang sederhana kemudian sapukan dengan minyak apabila perlu. Kita tidak letak banyak minyak pada kuali roti jala kerana sewaktu menyediakan adunan tadi kita telah masukkan sekurang-kurangnya 2 sudu minyak masak ketika blend. Lagipun jika guna banyak minyak ia akan mengganggu likaran bunga roti jala dan akan menyebabkan roti jala itu garing dan masak dengan tidak sekata. Sebaik-baiknya kuali yang akan digunakan itu disapukan sedikit sahaja dengan minyak masak.
Petua 4: Apa nak dibuat jika adunan terlalu cair? Bolehkah tambah tepung beberapa sudu terus? Boleh. Tetapi nanti adunan tadi menjadi berketul. Adunan berketul akan menimbulkan masalah samada tepung tidak sebati, corong menjadi tersumbat, jika masakpun tepung itu tidak masak sepenuhnya. Jadi apa nak buat? Blend kembali dengan menambah beberapa sudu lagi tepung mengikut keperluan.
Untuk menghasilkan bunga roti jala adalah bergantung kepada kreativiti sendiri. Chemek sendiri mencuba banyak kali dari peringkat penyediaan adunan sehinggalah apabila kita membuat likaran roti jala ini. Kesimpulannya perlu berusaha dan berminat. InshaAllah berjaya.
Semoga perkongsian resepi kali ini dapat dimanfaatkan oleh rakan-rakan semua.
Selamat mencuba dan teruskan mencuba sehingga berjaya.

No comments: